Tuesday, August 18, 2015

PEMERIKSAAAN APSS NEGERI PAHANG 2015

Hari ini 18 Ogos, 2015 sekolah telah didatangi oleh 3 orang pegawai penilai Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Pahang untuk membuat verifikasi keatas pusat sumber SMKJ12 untuk dicalonkan sebagai Pusat Sumber yang akan mewakili Negeri Pahang ke Peringkat Kebangsaan.


Pada sesi pagi Pn Nor Azwin Baharom selaku guru Perpustakaan dan Media (GPM) telah membuat pembentangan dihadapan pegawai penilai.  Kemudian semakan fail PSS dan satu lawatan ringkas keatas kemudahan fizikal dan bilik-bilik khas juga telah dilakukan.  

Pada kali ini pihak sekolah telah mengutarakan 5 ciri istimewa PSS sekolah sebagai x-factor ;

1. Replika Kaabah dan dataran haji - Untuk kemudahan pelajar Praktikal Haji dan Umrah
2. Inovasi POF Paper - Untuk galakan penjanaan fikiran kreatif dan kritis
3. Perpustakaan Asrama - Untuk kecemerlangan akademik pelajar asrama
4. Drop Book Box (aka Drive Thru) - Kemudahan pemulangan buku
5. Jaringan dan jalinan kerjasama - Penglibatan komuniti dalam pembangunan akademik

Diharapkan pencalonan kali pertama Pusat Sumber SMKJ12 kali ini dapat meletakkan nama sekolah dalam senarai Perpustakaan Terbilang.

Monday, August 17, 2015

SMK JENGKA 12 TUAN RUMAH KLINIK KEM MATA PELAJARAN SPM 2015











Pihak pentadbiran Felda Wilayah Jengka telah memilih SMKJ12 menjadi tuan rumah bagi Klinik Mata Pelajaran SPM tahun 2015. Program ini julung-julung kali melibatkan kerjasama diantara pihak Felda Wilayah Jengka, Pejabat Pendidikan Daerah Maran dan Pejabat Pendidikan Dareah Jerantut. Ianya melibatkan sebanyak 10 buah sekolah menengah dan akan diadakan di Dewan Semai Bakti Felda Jengka 12 pada 18 ogos, 2015.  

Sunday, August 16, 2015

KADET REMAJA SEKOLAH .......JUARA SENI LAKONAN


Unit uniform Kadet Remaja Sekolah telah dinobatkan JUARA seni lakonan teater sempena karnival kokurikulum yang diadakan pada 14 dan 15 Ogos 2015.  Dengan tajuk "Perjuangan Belum Selesai" teater berdurasi 20 minit telah berjaya menambat hati para juri.  Teater ini adalah hasil nukilan ketua guru penasihat KRS Pn Noor Azima Abdullah dan dijayakan oleh 25 orang pelajar.


Saturday, August 15, 2015

KARNIVAL KOKURIKULUM SMK JENGKA 12 TAHUN 2015

Unit kokurikulum dengan kerjasama unit HEM dan PIBG sekolah telah menganjurkan karnival kokurikilum tahun 2015 pada 14 dan 15 Ogos 2015.  Diantara aktiviti yang  dijalankan termasuklah ;


1. Aktiviti Bina Insan
2. Aktiviti Ikhtiar Hidup
3, Aktiviti Sukan Rakyat
4. Aktiviti Seni Lakonan
5. Aktiviti Kawad Kaiki Perdana
6. Aktiviti Pembinaan Gajet.
7. Senamrobik

Karnival kokurikulum ini mendapat penyertaan yang amat menggalakkan dimana seramai 165 orang telah menyertai dengan jayanya.  Kem komanden Karnival ini ialah En Fridaus Hadzimi dan beliiau telah merancang program Ad Hoc "Burung Hantu" sebagai tambahan kepada program sediada. TANIAH dan TERIMA KAISH kepada semua yang menjayakan Karnival kali ini.

Friday, July 17, 2015

KEM KECEMERLANGAN SIRI1/2015

Pihak sekolah telah menganjurkan kem kecemerlangan siri 1/2015 pada sempena cuti pertengahan tahun yang lepas. Kem kecemerlangan ini melibatkan kesemua 115 orang pelajar tingkatan 3 dan 5 di sekolah ini.  Semoga dengan adanya program ini, sekolah dapat membuat lonjakan yang lebih cemerlang dalam pendidikan dalam daerah Maran

Friday, June 26, 2015

PEMANTAUAN NAZIR TAWARAN BAHARU SMK JENGKA 12

Seramai 4 orang nazir telah membuat verifikasi tawaran baharu SMKJ12 tahun 2014 seawal 7.30pagi pada 24 Jun 2015 yang lepas.  Sesi pembentangan profil sekolah dan pencapaian telah dibuat sendiri oleh tuan pengetua Pn Hjh Hafidzah Jono. Seterusnya pemeriksaan keatas 52 buah file pentadbiran telah dijalankan.  Pencerapan PdP telah dilakukan keatas pengetua dan beberapa orang guru terpilih.  Akhir sekali, sesi rumusan dari ketua Nazir telah dilakukan.  Adalah menjadi harapan semua warga sekolah agar SMKJ12 akan berjaya dalam verifikasi ini.



Wednesday, June 17, 2015

SMK JENGKA 12 DAN FROG VLE

Tahun 2015 adalah tahun yang begitu malang bagi SMKJ12 dalam penggunaan aplikasi pembelajaran maya Frog Vle.  Ini disebabkan pihak sekolah tidak dapat menggunakan kemudahan 1Bestarinet akibat masalah kecurian kabel Telekom Malaysia. Pihak sekolah telah mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya agar para pelajar dapat menggunakan kemudahan ini.






Pada 16 Jun 2015 pihak sekolah telah menghantar wakil ke Program Karnival VLE Daerah Maran yang telah diadakan di SMK Jengka 16.  Beberapa kejayaan telah dicapai dalam pertandingan yang telah diadakan ;

1.  Tempat pertama dan kedua - kategori Dashboard Pelajar
2.  Tempat pertama - kategori Laman Pusat Sumber Sekolah
3.  Tempat ketiga - kategori Dashbord Sekolah

Karnival Frog VLE ini adalah anjuran Pusat Kegiatan Guru Bandar Pusat dan ianya telah dirasmikaan oleh  YB Dato Shaaniza Bte Shamsuddin.