Tuesday, February 9, 2016

MAULIDUR RASUL SMK JENGKA 12



Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Pendidikan Islam telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 8 Januari 2016 . Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin, Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Zulhazmi Bin Omar dan Berselawat.






RUMAH HIJAU JUARA MERENTAS DESA TAHUN 2016



Kejohanan merentas desa tahun 2016 telah diadakan pada 27 Januari, 2016. Buat julung kalinya penyertaan kali ini disertai oleh ibubapa penjaga SMK Jengka 12.  Pertandingan kali ini diadakan secara sederhana tetapi meriah dimana semua pelajar menyertai larian sejauh 6 kilometer,  Kejohanan ini diadakan bagi memilih pelajar yang akan mewakili sekolah ke peringkat daerah yang akan dilangsungkan di SMK Jengka 18 pada 2 Februari, 2016 .  Keputusan keseluruhan Kejohanan Merentas Desa ini di juarai oleh rumah Hijau. TAHNIAH DAN SYABAS.




Sunday, February 7, 2016

PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH

Majlis Pelancaran Nilam Peringkat Sekolah telah dilangsungkan pada 1 Februari, 2016 di Dewan Kesumba Jengka 12.  Majlis ini telah disempurnakan oleh En Salim Bin Bakar; Pengetua SMK Jengka 12. Hadir sama dalam majlis ini adalah pegawai dari Pusat Kegiatan Guru Bandar Pusat En Asral Bin Ibrahim.  Sesuai dengan tema "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya", gimik pelancaran berupa kek yang menyerupai sebuah buku.  Semoga majlis ini menjadi pemangkin kepada semua pelajar dalam menjayakan program nilam.




BARISAN KEPIMPINAN SEKOLAH TAHUN 2016


Saudara Mohammad Amirul Fadzli Bin Azman telah mengetuai bacaan ikrar pelajar pada 5 Februari 2016 dalam Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar SMK Jengka 12.  Majlis ini telah dirasmikan sendiri oleh pengetua SMK Jengka 12 iaitu En Salim Bin Bakar.  Turut hadir di majlis ini ialah Sarjan Mejar Fatah Bin Abdullah selaku pegawai perhubungan sekolah dari Polis Diraja Malaysia.