Pada 4 -6 April 2012 yang lepas pihak nazir dari JPNP dan Persekutuan telah membuat pemantauan dan di sekolah ini. 2 matapelajaran utama iaitu Bahasa Melayu dan Perdagangan telah dibuat pencerapan dan beberapa teguran penambahbaikan telah dibuat. Pada sessi rumusan pegawai dari PPD Maran juga turut hadir.
Tuesday, April 10, 2012
PENGETUA BARU SMKJ12 - TN HJ BAKRI MOHD SALIM
Tn Hj Bakri Bin Mohd Salim telah dilantik sebagai pengetua SMKJ12 menggantikan En Bahari Bin Mat pada 30 Disember, 2012. Beliau telah berkhidmat hampir 25 tahun dan telah menjawat beberapa jawatan penting sebelum menjadi pengetua.
Tn Hj Bakri memulakan perkhidmatan sebagai guru pelatih di SMK Maran pada tahun 1987 dan kemudiannya berpindah ke SMK Jengka 18. pada tahun 2004 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan di SMK Seri Jengka. Atas perkhidmatan cemerlang serta pengalamannya beliau telah dilantik menjadi pengetua sekolah pada tahun 2007 di SMK Sg Retang. Sebelum menjadi pengetua di SMK Jengka 12 pada tahun 2011 beliau adalah pengetua di SMK Jengka 10 selama lebih kurang 1 tahun 3 bulan.
Semoga sekolah akan mencapai lebih banyak kecemerlangan dengan gaya kepimpinan yang beliau akan jalankan. Kepada En Bahari kami warga sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih dan ucapan tahniah atas lantikan sebagai pegawai pelajaran daerah Bera.

Subscribe to:
Posts (Atom)