Hari ini 18 Ogos, 2015 sekolah telah didatangi oleh 3 orang pegawai penilai Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Pahang untuk membuat verifikasi keatas pusat sumber SMKJ12 untuk dicalonkan sebagai Pusat Sumber yang akan mewakili Negeri Pahang ke Peringkat Kebangsaan.
Pada sesi pagi Pn Nor Azwin Baharom selaku guru Perpustakaan dan Media (GPM) telah membuat pembentangan dihadapan pegawai penilai. Kemudian semakan fail PSS dan satu lawatan ringkas keatas kemudahan fizikal dan bilik-bilik khas juga telah dilakukan.
Pada kali ini pihak sekolah telah mengutarakan 5 ciri istimewa PSS sekolah sebagai x-factor ;
1. Replika Kaabah dan dataran haji - Untuk kemudahan pelajar Praktikal Haji dan Umrah
2. Inovasi POF Paper - Untuk galakan penjanaan fikiran kreatif dan kritis
3. Perpustakaan Asrama - Untuk kecemerlangan akademik pelajar asrama
4. Drop Book Box (aka Drive Thru) - Kemudahan pemulangan buku
5. Jaringan dan jalinan kerjasama - Penglibatan komuniti dalam pembangunan akademik
Diharapkan pencalonan kali pertama Pusat Sumber SMKJ12 kali ini dapat meletakkan nama sekolah dalam senarai Perpustakaan Terbilang.